Friday, March 25, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 5)

Kaki bengkak..
uhuhu.. merasalah simptom kehamilan yang satu ini
Alhamdulillah..masa Azra dulu memang cergas ya amat!
Kali ni pun tiada alahan
Cuma di akhir2 ni barulah merasa...

hihi..Syukurlah...
barulah rasa macam orang tengah mengandung kan kan..

baru sempat Google sebab, kesan, rawatan untuk bengkak kaki masa hamil ni
Alaaa..senang je kan.. nak tahu apa2 kena rajin membaca
gituuu..

Nama pun pelik beno..Edema..Apakah?


Edema semasa hamil


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Adakah oedema ini perkara biasa?

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.


nak baca banyak lagi tips boleh berkunjung ke SINI


Nak share gambar idok le boleh ek..Aurat tuuu...hihi..
makanya kenalah bertabah jwia dan raga
oklah..tak lama dah kan kan...hihi



No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...