Posts

Showing posts from March, 2016

TELUR MASIN HOMEMADE (EP 2)

Image
Rentetan EPISOD 1

Haaaaaaaaaaa..ni dia!!!

setelah menunggu dengan sabar
Maka terhasillah telur masin homemade ummi Azra..

Alkisahnya buat ni prepare untuk ayah Azra
nanti ada juga lah lauk emergency masa Ummi Azra berpantang kat Shah Alam
Mudah Ya Amat !

Rasa macam nak p borong sepapan Telur Ayam je buat Telur Masin ni
ha la..pernah beli sebiji telur masin belum masak dah RM1
pergh!!!

beli sepapan Gred A - 30 biji baru RM9.90 gitu
Garam sekilo baru berapa ringgit
Idok ke jimat tuuuuuuu

hokeyy!!
yang nak resepi pi sergah kat Episod 1 punya entry tau!
Telur masin memang favourite ayah Azra bila makan kat luar
Ummi Azra idok le minat sangat..hihi
tapi layannnnnn..

ok! sekarang tengah viral Tart Susu/Telur pula
Nak buat kena fair! kena buat untuk Azra juga
so..nanti kita borong telur, fresh milk dan butter
yela..orang guna susu pekat manis..marjerin..kita nak buat makan sendiri biarlah yang terbaik kan kan..

lagi lagi untuk budak kecik
susu pekat manis tu bukan SUSU SEBENAR pun
sebolehny…

Mommy To Bee Lagi (Laman 5)

Kaki bengkak..
uhuhu.. merasalah simptom kehamilan yang satu ini
Alhamdulillah..masa Azra dulu memang cergas ya amat!
Kali ni pun tiada alahan
Cuma di akhir2 ni barulah merasa...

hihi..Syukurlah...
barulah rasa macam orang tengah mengandung kan kan..

baru sempat Google sebab, kesan, rawatan untuk bengkak kaki masa hamil ni
Alaaa..senang je kan.. nak tahu apa2 kena rajin membaca
gituuu..

Nama pun pelik beno..Edema..Apakah?


Edema semasa hamil
Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak? Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di baha…

Mommy To Bee Lagi (Laman 4)

Image
hukhuk..dah hujung-hujung kehamilan ni baru perasan kakiku bertukar!
bertukar menjadi gemuk!

patutlah bila jalan, berdiri lama rasa macam sakit sengal sikit.. rupanya baru perasan kaki bengkak, gumuk! hahahha..sungguhlah beza. masa Azra dulu ok je..tapi kali ni bengkak pula kaki.huhu

memang banyak beza kali ni. muka pun penat je manjang, bukan muka je, tapi memang penat selalu.hahha.. mujur takde la malas sangat. haha.. lagi satu, ketara kalau ngaji nafas ok je, macam time Azra dulu, ngaji je semua ayat kena pendek-pendek, nafas tak cukup..teru benar..


Lagi satu, pregnant kali ni pinggang ramping je.. perut je naik..haha..lawak seh!
moga-moga cepatlah susut badan lepas bersalin nanti ye..tak sabar rasanya..ihi..adik baby! kami tak sabar nak jumpa..

Moga Allah permudahkan segala urusan, dapatlah bersalin lagi di KPMC,Puchong dengan selesa dan bahagia. Allahumma Ameen :)









ni selagi belum dapat, hati tak tenang..agaggaga!!!!

TELUR MASIN HOMEMADE (EP 1)

Image
Telur masin homemade alahai..

Tiba-tiba teringin pula nak makan telur masin. Tapi nak buat sendiri. Gigihnya lahai Ummi Azra ni. Poyo kan...

Tadi beli telur ayam gred A, kedai makcik ni jual telur-telur memang suka sangat. Sambil tu beli juga telur burung puyuh, nak masak untuk Azra... comel comel..

Ingat nak beli sepapan Telur Ayam Gred A, baru RM9.90..tapi kang banyak benar pula... tapi tadi masa beli tak terfikir nak buat projek telur masin. Okaylah..kita try test dulu dalam 5-6 biji la ye..hihi

Resepinya Ummi Azra cekau daripada FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Setiap hari memang jengah sini je kejenya. ok semua...jom tengok ramuannya. Yang pastinya, sempoiiii


Resepi Telur Masin

bahan - bahan
10 biji telur itik@ayam
1cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (untuk buat air garam)

cara- cara membuat;
mula-mula basuh telur itik@ayam bersih- bersih supaya nanti telur masin tak busuk. kacau garam dengan air panas. biar sampai sejuk air garam tu baru masuk ke dalam telur. simpan lebih kurang 2 m…