Posts

Showing posts from 2014

AZRA Perkembangan 4 Bulan

Alhamdulillah.. syukur........ hari ni 30 Disember 2014 buat pertama kalinya nampak Azra dah berpusing-pusing dah lebih 180 darjah dah.. sikit lagi 360 darjah ummi upah susu ek...
Wallahi! I'm so happy ummi I'm a super duper lucky wife Allahuakbar!

BIRTHDAY KEKANDA 2014

Image
*lagi entry yang pending.. hihi*

Alhamdulillah tahun ni birthday habibi boleh sambut tahun lepas, masa tu kena pergi kursus 20 Disember 2013 hari last kursus
21 Disember 2013.. habibi datang amek nak balik kampung pula taptup taptup cek UPT.. +ve pregnant so.. kiranya hadiah birthday la kan.. hihi
1st birthday dia dapat tahu yang akan status ^^ Alhamdulillah.. syukur atas rezekiNya

******************
tahun 2014? apa pula la ye.. ingat nak ikat je reben kat azra hakhak..
teruk sungguh -_-''
so......... tetiba dapat idea.. ok! nak buat kek! punyalah nyorok2 buat kek aah la.. rumah sekangkang kera susah la nak nyorok tapi Alhamdulillah.. Allah Maha Tahu..
encik asben bz, keluar rumah.. tapi dan k jadi cerita gas dapur habis siap pujuk juga suruh encik asben orderkan gas sebelum dia p buat kerja dia (kat luar tu)
balik je dia ke rumah bz dia mengerjakan CPU la mende2 komputer dia la kan hikhik
terus kerluarkan kek kebabom! terkesima dia hikhik
 papepun tahniah buat diri sendiri berjaya buat kek yang sedap! hahahhaaa
semua…

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 5

TIPS PENYUSUAN IBU #5: Ilmu penyusuan

Usaha untuk lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan yang mencukupi seperti:

-Prinsip supply and demand (lebih byk baby menyusu, lebih byk susu yg akan terhasil)

-Power pumping, tandem pumping. Lebih relevan lagi semasa membuat stok susu bagi ibu-ibu yg bekerja (cubalah untuk pam dan kosongkan breasts anda setiap 2-3jam walaupun belum bengkak susu. Pamlah walau hanya dapat 0.5oz sekalipun. Breasts yang selalu dikosongkan akan menyebabkan otak detect bahawa susu dah tinggal sikit, maka lebih byk susu akan dihasilkan secara berterusan. JANGAN hanya tunggu dah bengkak baru pam ya. Nanti otak akan ckp "Susu dah cukup banyak, malaslah nak hasilkan lagi". Dan satu lagi, cuba bayangkan anda perlu menyusukan anak kembar! Psikologi boleh mempengaruhi susu yang terhasil)

-Pastikan anda tahu bagaimana nak simpan stok expressed breast milk dalam peti ais, cara nak keluarkan susu dari peti ais dan kekalkan khasiatnya dll.

-dll lagi.

Macamana …

30 November 2014

Image
*entry yang tertangguh*
Allahuakbar!

setahun lagi berganjak...
Allah.. makin dekat penghujung kehidupan
makin pendek la langkah di dunia
semakin hampirlah daku kepada sang pencipta Ya Robbul Izzati
Allahu Allah...

Syukur Ya Allah..
Kau berikan daku nikmat yang tak putus-putus
Moga kami semua dala lindunganMu
Ameen..

***********************************
Alkisah.. Semenjak berkahwin ni, lain macam sikitlah sambutan ulangtahun kelahiran kita Ye la... rentaknya dah berubah kan kan... Lagipun dah makin 'matang' takkan la nak sambut macam zaman kanak-kanak ye tak?
Jika tahun 2013 encik suami ajak kita sambut dalam hutan belantara sambil mandi manda kat sungai hihihi (pencinta alam sungguh suamiku kan kan)
Tahun 2014 ni masih lagi berbaur kecintaan pada alam semesta juga hikhik (masih lagi pencinta alam ayah si Azra ni.. untunglah) tahun ni awal-awal pagi encik suami kasih hati ajak ke MAHA lagi aah... LAGI...  minggu lepas kami pergi, tapi jalan sikit je.. kali ni impian nak tawaf …

AZRA : TIDUR

Image
Azra ni... kalau nak tidur
adoilah.. mesti nangis
kadang, menangis macam tak nak berhenti

dan...........
port paling dia suka


v




v





v





v




v





aah.. dada ummi dari lahir memang tu la gaya paling dia suka
sampai ramai teacher yang admire gaya manja Azra tidur ni macam anak koala melekat kat dada ummi tapi sungguhhhhhhhhhhhh.. ummi suka rasa amat rapat ^^
dan satu lagi port tidur Azra
v


v


v


v

takpun kat riba ummi... oh anakku.. ummi syang kamuuuuuuuuuuu

AZRA : 3 BULAN

Image
Allahuakbar!!!

Sekejap je masa berganjak..
tahu-tahu je dah 3 bulan lebih Allah sudi meminjamkan anugerah dan nikmat permata hati kami ini
Alhamdulillah :)

19 November 2014, genap usia Azra 3 bulan...
hari itu juga ada appointment / konsultasi dengan doktor pakar kanak2 di Hospital Putrajaya
Azra...
usianya hampir menjangkau 2 minggu baru diserang jaundis
walaupun tak tinggi, hati ibu mana yang tegar, bila tahu anaknya tidak sihat T_T

Ogos 2014, Azra kena prolonged jaundice,
so setiap 3-4  hari perlu ke KK untuk ambil sample darah untuk cek tahap kuningnya
walaupun bacaannya semakin menurun, tapi doktor KK minta kami rujuk pada hospital

seriau!!!
sungguh tak tersanggup melihat tangan anak kecil menggeletar
sample darah dan air kencingnya diambil
meleleh juga air mata ummi bila nurse pulangkan Azra lepas ambil darah tu
ummi tewas! kat depan bilik rawatan tu juga ummi meleleh
Allah...

19 November 2014, doktor menjelaskan yang Azra bebas daripada sebarang penyakit..
Syukur..
lagipun umm…

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 4

Image
TIPS PENYUSUAN IBU #4: Minum air yang mencukupi

Kalau nak penghasilan susu 1 liter, takkanlah kita hanya minum 1 liter juga? Mana cukup, minum air banyak-banyak, atleast 2-3liter sehari!

Maafkan saya, jika ada yang masih mengamalkan amalan berpantang dengan mengehadkan air yang perlu diminum, saya kurang bersetuju kerana ia akan menyebabkan susu anda kurang, bila susu kurang anak anda berisiko untuk mendapat jaundice (kuning).

Jika boleh, amalkanlah juga makanan seimbang dalam pantang agar nutrien yang cukup dapat membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman.



Sumber : FB Dr Hana


*******************
Tinta Ummi Azra;
Alkisahnya, teringat masa awal-awal proses berpantang. Nenek Azra @ ibu saya warning tentang pengambilan air yang berlebihan, tapi dek kerana anaknya ni kepalanya keras (hihihiii). macam2 hujjah keluar.. 
yela.. masa berpantang tu, kalau air kurang, sembelit satu hal... nanti dehidrasi pula.. susu pun sikitlah.. oh NO! NO! NO! memanglah ketegaq ummi Azra ni...
tapi nenek…

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 3

Image
TIPS PENYUSUAN IBU #3: Banyakkan pengambilan milk booster

Antara makanan yang boleh jadi pemangkin/booster kpd penghasilan susu adalah soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba.





Sumber : FB Dr Hana

*******************************************************
Tinta Ummi Azra;
Assalamualaikum semua,
rata-rata semua dah tahu kan... telan la segala macam pil ke.. makan la segala jenis makanan ke.. tapi kalau otak asyik fikir dan mulut asyik ucap.. 
"alaa..kita memang tak ada susu la..."  " ala... susu kita memang sikit la.." "ala.. kita bagi fm kat baby sebab baby tak kenyang la.." ala itu... ala ini.... 
kalau setiap masa kita tanamkan kata2 negatif, nescaya lambat laun melekat la semua tu kat kita...
moga kita semua biasakan diri dengan kata2 positif insyaAllah mudah semuanya... dan dipermudahkan segalanya.. ameen
salam sayang dari Azra dan umminya :)


TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 2

Image
TIPS PENYUSUAN IBU #2: Banyakkan berdoa dan solat dhuha

Doalah sungguh2, "Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sibuk bekerja”.

Usahakan supaya solat dhuha jangan ditinggal. Ingat, rezeki Allah yang bagi 




Sumber : FB Dr Hana 

****************************
Tinta Ummi Azra ;
lumrahlah.. setiap perjalanan ada ranjaunya.. ujian yang datang itu perlu kita hadapi dengan SABAR...
awal2 menyusukan Azra ada juga terdetik dalam hati.. Allah! payahnya nak bf ni.. dengan sakit badannya la... sakit itulah inilah.. tapi selalu cepat2 istighfar.. dan ingat semula niat yang suci tu...
Alhamdulillah.. Allah tak penat2 pun pinjamkan kekuatanNya.. Allahuakbar! 
betapa beruntungnya kita ada Allah yang Maha Penyayang...
salam sayang dari ummi dan Azra :)



TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 1

Image
TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.


Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih2 lagi di hari2 pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula...

Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 5-7ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colostrum (yang anda selalu cakap tak cukup tu) biasanya terhasil hanya sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.

Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!
Saya selalu dapat complaint daripada para ibu di hari-hari pertama selepas bersalin "Susu saya takde lah doktor" atau &quo…

AZRA : PERMATA AYAH UMMI

Image
Assalamualaikum wbt,

Allah.. lamanya tak post entry
Wallahi... bila dah mula kerja... dengan Azra lagi
rasa tak terkejar
semuanya berkejar-kejaran
nak makan, masak, solat, mandi, semua kena laju-laju

barulah faham macam mana jadi ibu kan kan
tapi.. yang membahagiakan hati
bila..... dia dah pandai senyum.. nak gelak tak bunyi lagi
tapi dah pandai ajak borak

Allah! memang jadi buruanlah si Azra ni
syukur.. Azra dikelilingi dengan insan-insan yang menyayanginya
jadi anak solehah ye sayangku!

ummi sayang Azra ^^





Azra ni manja, tidur nak kat dada ummi..
tapi ummi tak kisah... ummi suka sangat bonding ni
tak tahulah.. ummi enjoy every moment!
nikmat pinjaman Allah terbesar ni

ayah Azra selalu kata, bila tengok ummi bangun malam-malam, bf kan azra, tukar lampin azra
mesti ayah Azra cakap... kesian ummi
ummi letih
tapi mesti ummi balas...
tak apa.. ummi happy  :)
dan lagi ummi happy, sebab ayah Azra ringan tulang
boleh sambung masak, kalau tengah2 masak Azra menagis nak ummi (nak susu lah kan…

KAWAN ALAM MAYA : M2B

Image
Alhamdulillah..

Ahad lepas, misi membantu sahabat berjaya!

syukur.. happy dapat membantu sahabat.. aah.. kenal dalam alam maya je pun... Ayah Azra pelik -_-
ini macam pun ada ke?

aah.. alkisah... bersahabat dengan kawan-kawan yang mommies la kan..
dalam group whatsapp je pun
borak dan bincang gitu-gitu je pun
tapi dah macam kenal lama pula ek ^^

kisahnya, ummi Azra ni kalau tahu ada sale, kalau larat pi la kan
kalau tak memang idak la kan
tapi sebab misi nak mencari stroller dan car seat Azra, so kenalah pi

nak dijadikan cerita, sahabat alam maya, Tina Kecik (memang kecik.. cute sangat!! auw!!)
mohon bantuan membelikan stroller..
apa lagi.. dah memang ummi Azra nak ke sana
ehy not membantu? tak gitu? hari ini hari dia..
esok lusa mungkin hari kita
Allah! tak rugilah menolong orang
untung lagilah banyak hokey!!!


SO.. berjumpalah kami di Putrajaya dalam misi menyampaikan stroller yang dibeli
alkisah, Danish tak berapa sihat.. dan dia sangat cute!
ook! tengoklah maknya pun cute ye ^^

sele…

PETUA : BAYI DEMAM

Image
4 November 2014; 7.30 pagi

Eh? Kenapa pula mata kanan Azra merah sikit
macam bengkak.. berair.. ada tahi mata
sakit matakah?

4 November 2014; 8.00  malam

Azra menangis
melalak!
biasalah ngantuk,, nak tidur memang begini ragamnya
cuma... pelik sikit..
asal dialena, cuba letak atas tilam mesti terbangun semula
nak tidur atas dada ummi je
akhirnya.. 10.30 malam ummi baru dapat makan dan solat isya'
then kebabom! lena ummi tidur.. syukur..

5 November 2014; 2.15 pagi

waktu biasa Azea bangun untuk menyusu
angkat letak kat pangku
Allah!
PANASNYA!!!

nyusukan Azra sambil google..
apa yang terbaik untuk kebahkan demamnya
baru 1st time tahu
lap guna air suam
reason?
kalau guna air sejuk, liang roma tertutup.. so, wap badan yang panas tak dapat/lambat keluar

so.. try and error..
lepas solat subuh cek Azra dah kebah..
syukur...

5 November 2014; 9.00 pagi

pergi jumpa doktor
cek Azra
Allah! doktor tanya2 sikit
tak sampai 1 minit dah keluar

pergh! kalau tahu, baik jumpa PAED dia kat KPMC
ceh!
Astaghfirullah Al Azim.. Istighfarlah…

SEBUAH KELAHIRAN

Image
Assalamualaikum wbt,

Allah.. rindu sebenarnya nak berblog.. tapi apa kan daya.. memang tak ada daya.. hihi  ^^

***

Alhamdulillah.. hari ini genap sebulan.. eh ye ke? syukurrrrrrrr...
badan pun dah kembali bertenaga :)

InsyaAllah, entry kali ini kita nak kongsi pengalaman bersalin.. sungguh! pengalaman indah yang tak mungkin dapat ku lupakan sampai bila-bila  T_T

***

Berikut rentetan pengalaman terindah kelahiran puteri sulung kami;


13 Ogos 2014

Rombongan sekolah ke Petrosains dan Kilang Gardenia.
Seronok bukan main lagi dapat sertai rombongan sekolah buat pertama kalinya.. hihi.. kalah anak-anak  :)

Penat juga melayan anak-anak yang MEMANG TAK RETI DUDUK DIAM kan kan.. tapi HAPPY tengok mereka GEMBIRA, Alhamdulillah...

Malamnya memang sakit kaki la... 

Nak tidur malam, pergh! sakit... perut mengeras... sakitnya.. tidur sampai nangis-nangis... sampai terlena.... walaupun terjaga-jaga tidur la juga...


14 Ogos 2014

Paginya memang rasa tak larat.. so, kanda ajak pergi KPMC Puchong, cek! huhu... seram pu…

NEWBORN CHECKLIST - HOSPITAL (UPDATE VERSION)

Image
Alhamdulillah syukur...

lepas satu, satu rahmat Allah kurniakan
hamdanlillah  :)

Sebelum kita kongsi pengalaman bersalin, berpantang, melayan baby dan bf journey.. seperti yang dijanjikan sebelum ini, kita nak update NB checklist..



*************************
bagi yang follow entry kita yang terdahulu boleh take note ye

yang ini ada senarai lama  :(

tapi kali ini kita kongsikan senarai baru berdasarkan pengalaman sepanjang menginap di hospital tempoh hari ye..

moga entry kali ini membantu kalian... insyaAllah


*************************
SENARAI KELENGKAPAN IBU DAN BAYI (HOSPITAL)
A) BAYI
1 Set baju/seluar (semasa discaj daripada Hospital) 1 Barut 1 Set sarung tangan/kaki 1 Kain Bedung/Napkin 1 Topi
B) IBU
Buku Merah Dompet HP & Charger 1 Tudung & Serkup (semasa discaj daripada Hospital) 1 Set persalinan - blouse butang depan & skirt/kain batik (semasa discaj daripada Hospital) 1 Pek Seluar dalam pakai buang (5 helai, lebih ni) 1 Baju dalam 1 Bengkung 1 pasang Stokin Quran Toiletaries Kurma Botol Air

*******…

RESIPI : MASAK : MAKAN

Image
Assalamualaikum..

terjah secara pantas je ni...
tadi lepas solat asar, terus suarakan hasrat kat encik suami..
nak p pasar la...

nak makan keropok lekor dengan char kuey teow..
pergh!!
sampai gitu dia punya teringin...

disebabkan cuaca yang agak panas lagi
terus la surf..
cari resipi kononnya..

teringin nak buat cream puff..
mula dah dia kan kan  :)

sekali encik suami pun datang dekat...
oh ye.. lupa pula dia teringin naka makan pai epal
maka cari la juga resipi

lepas tu request pula pancake..
nak makan dengan hot chocolate katanya
pergh!!! selera tak tahan   :)

lepas dah masak2 nanti kompem ada ayat yang biasa didengar...
"sejak kawin ni.. asyik makan je.."

hahahaaaaa... mana taknya... kesian encik suami.. berat dia dah plus plus plus dah..
penangan si isteri yang gila ke dapur..
saya tak pandai masak, tapi saya RAJIN Masak..

beza ye tu  :)
okbai! jom p cari keropok lekor  :)
dan... air kelapa.. yummy!!!! 






Mommy To Be (Laman 12)

sebenarnya
















malu














nak 





















ngaku














kami





















ada























masalah besar!!!!












BESAR PUNYA ^_^


















tak ada idea nak bagi nama kat baby
hihi.. sekian.. wassalam  :)

Mommy To Be (Laman 11)

Short entry....

Assalamualaikum semua,

salam Aidilfitri  :)
wah wah... masih sambut raya sana sini ye?

Alhamdulillah, misi puasa 6 kita berjalan lancar... syukur.. masih berbaki 2 hari, sambunglah isnin dan selasa nanti, insyaAllah  :)

nak kongsi kisah lucu ni..
sebab kat tadika tu ada 2 orang la teacher yang tengah preggy.. kita dengan Teacher Fiza
pastu due kami beza seminggu dua gitu je

kaki teacher fiza dah membengkak dengan jayanya..
yang kita pula, punyalah diorang jelous..
alhamdulillah masih ok  :)

pastu Teacher Gee punya ayat paling takkan ku lupalah.. SAMPAI BILA-BILA;

Teacher Gee : Isma.. awak kaki kecik (kurus) macam tak mengandung... ha!!!  akak tahu! akak perasan!! apa tau?
Saya :  apa kak?
Teacher Gee : hidung awak! aah.. hidung awak dulu kecik je dan comel (hahahha.. comel tu tambahan jerrrrrrr) sekarang dah kembang
Saya : ha???????
Teacher lain-lain : aah la Kak Gee.....
Saya : heeeeeee??????????????   (-_=)''

***************************************

kembang pun kembang la kak oi