Posts

Showing posts from July, 2013

RASA INI

Sinis pandangan mereka seakan menyampai berita tanpa sebutir suara
Mahu apa mereka? merenggut semua yang ada yang aku punya merampas segenap bahagia yang aku rasa
Punya apa diriku? mengemis secupak cinta mengharap belas semua
Tak betah merangkul duka sentiasa hatiku bukan milikku dan mungkin bukan miliknya jua
Mereka bisa tertawa berkata apa semahunya aku hanya menongkah mimpi mimpi tanpa secalit realiti
Sampai bila mampu bertahan? begini? episod dukaku menjelma lagi dan lagi...
Tak mampu sembunyi duka hanya wajah penuh pura-pura itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa
 Maafi diri diri yang selalu sahaja larut dalam rasa selalu berendam luka dan selalu sahaja kecewa
Moga esok bila terjaga dari lena aku mampu mengukir senyum dengan raut paling manis sedunia itu harapan hari ini
Dan moga sahaja hati bisa mengerti yang realiti tak mungkin seperti mimpi hamparan berlian tak mungkin menghiasi kala diri menjalani duniawi sebelum bertemu Yang Maha Hakiki pasti!
:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::

MIMPI

Kala disapa cinta terbungkam aku tanpa sebutir kata bisu seribu bahasa
Terasa lemas penuh tanda tanya apa bisa hati terima? atau sekadar lihat dan tunggu sahaja? menanti tanpa putus asa
Dia hadir bersama cinta atau sekadar mimpi sahaja mengharap yang tak kunjung tiba?
::  karya sekitar bulan April kot.. entah.. hehehe ::

ANUGERAH

Sungguh rasa ini mungkin yang terindah kala ini mungkin yang terdamai kala ini dan mungkin juga yang terhebat kala ini
Kata syukur dan puji hanya padaMu anugerah yang tak terjangkau anugerah yang tak ternilai anugerah daripadaMu
Rasa bahagia yang membalut hilang pergi segala gundah terawat sudah segala lara dan tercipta sudah episod indah dengan hadirnya sebuah anugerah
Aku cuma mengharap yang datang ini bukanlah pelangi indah indah seketika pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula
:: RnR Rawang :: 08 Mei 2013 - 9.35 am

SAKIT

Mata mengapa sukar untuk memadam bayang apa yang terpandang... sakit
Minda mengapa sulit menghapus memori apa yang pernah terlintas... kusut
Hati terlalu gusar menidakkan rasa apa yang menapak di jiwa... perit Maaf mata ini tak mampu berbohong minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang hati ini terlalu takut untuk jatuh hati terlalu payah untuk mengusir pergi
Maaf sekali hati tersakiti terlalu payah untuk dibaiki dan selamanya ianya di sini sampai mati pasti!
Hanya kekuatan Yang Maha Kuat kesabaran Yang Maha Sabar dan ketenangan Yang Maha Tenang terpinjam sejenak buat diri kuat bertapak di sini hingga jasad dan roh ini dijemput pergi
dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti aku tak pasti
kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti walaupun tidak pada realiti atau nampak di mata hakiki keranan yang luka adalah  di hati ini pasti
maafi diri terlalu larut dalam emosi dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi


:: takpastibilaakanpulihkembali :: Tadika Kasih Khalifah (17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt semua :)
Allahu Allah.. Ramadhan kareem
Alhamdulillah.. sudah masuk 12 Ramadhan hari ini jadi... macam mana sambutan Ramadhan kalian semua?
Alhamdulillah tahun ini Ramadhan IM penuh warna warni syukur.. segalanya serba baru
kenapa?
tahun ini 1st time serba serbi
1) 1 st time Ramadhan dengan title ISTERI seorang SUAMI (^_^)
2) 1st time Ramadhan sebagai seorang TEACHER (",)
3) 1st time Ramadhan yang most of the time jadi Imam Tarawikh sebab Tarawikh di Tadika bersama Teachers... hihi
oh ye... IM tak sempat nak transfer gambar, so, yang nak tengok dunia baru IM boleh la JENGAH SINI :)
ini FB IM
moga Ramadhan yang barakah ye semua...

INNER NECK LAGI

Assalamualaikum wbt,
jom semua KLIK SINI atau SINI
promo untuk Ramadhan dan Syawal

HIJRAH

Assalamualaikum wbt,
moga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt...
Wah!!! macam tak percaya akhirnya IM dapat juga pos entry ni Allahu akbar!
hihi... kenapa ek? mesti semua pelik iye..
Alhamdulillah.. IM dah berhijrah IM dah bertukar ke tempat baru suasana baru teman baru persekitaran yang baru serba serbi baru Allahu Allah ^_^
syukur atas segala nikmat Allah insyaAllah nanti IM akan kongsikan serba sedikit penghijrahan IM yang berwarna baru
wah! gitu!
Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah
Tinta IM : Maaf, IM tak dapat nak kongsikan gambar. IM xde kamera atau hp yang boleh snap gambar Little Caliphates semua ni... hihi  ^_^

ATASI KESULITAN YANG DIHADAPI DENGAN DOA

Image
Sumber : www.darussyifa'.org

SAIYIDUL ISTIGHFAR

Image
Sumber : www.darussyifa'.org


(^_^)V  hari ini IM mulakan tugasan baru di tempat baru dalam suasana baru dan serba serbi baru. Mohon doa semua ya... InsyaAllah