Posts

Showing posts from February, 2013

GIVE AWAY - FINAL PREP

Image
Assalamualaikum wbt, wah wah wah!!!
siap ada love yang sangat besar gitu!
seperti yang IM janji janjikan, IM akan mulakan segmen Give Away InsyaAllah, esok IM akan post entry Give Away tersebut plus... hadiah yang bakal anda yang menangi ^_^
seronoknya nak berkongsi Pre Loved Item ni InsyaAllah stay tuned my dear

Tinta IM : Kena rangka strategi pra syarat yang mudah dan bersesuaian untuk semua peringkat masyarakat  ^_^

GIVE AWAY IDEA

Image
Assalamualaikum wbt,  sahabat blog sekalian, para pelawat tegar, para tetamu yang sudi singgah dan jenguk di sini..
Alhamdulillah... lagi sikit je lagi apa ek? boleh refer entry yang lepas IM ada JANJI KAT SINI

*************

aah.. nak sangat sangat buat segmen Give Away ni tapi IM tak ada la penaja bagai... biasa-biasa je
so... IM minta pendapat sahabat sekalian
IF... IF... IF.. berapa banyak IF da... cenggini
Untuk makluman, IM adalah peminat novel dan komik  pada suatu masa dahulu kiranya, bila segmen Give Away IM berlangsung nanti insyaAllah, IM akan hadiahkanlah insan-insan yang bertuah dengan koleksi Pre Loved Item IM tu nanti
rasa-rasa ada yang berminat tak? IM sangat sayang semua koleksi tu, so, semua koleksi IM memang dalam keadaan yang sangat baik memang diHARAMkan untuk lipat masa baca tak kisah la, adik ke, kawan ke, bahkan IBU IM pun IM selalu remind (ihihi.. kejam benar ek?)

*************




Tinta IM : Hopefully dapat respond la daripada kalian semua ek. Nervous plak kalau xde sambutan.. jeng jeng j…

IKIM.FM

Image
Assalamualaikum wbt, dear sayang-sayang sekalian oh! hari Isnin menjelma lagi ~_~
tapi hari ni badan IM rasa sangat lesu dan tidak stable pagi-pagi bangun memang sangat sejuk naik LRT, dah nak sampai office dah macam nak pitam Allahuakbar! sila kuat iye   ^_^
doakan iye semua
Oh ye, Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan oleh Nya menyertai majlis ilmu di mana?
tidak jauh mana pun di cuping telinga jer di IKIM.fm
IM kongsikan serba sedikit ilmu ye, moga mendatangkan kebaikan kepada kita semua wallahu'alam

*************************
- Isteri DERHAKA, adalah Isteri yang PERLU DIDIDIK
- Sesungguhnya Allah tidak melihat di mana PERMULAAN kita,  tapi Dia melihat di mana PENGHUJUNG kita
- Sekiranya Allah HANYA MELIHAT pada AWAL kita, maka Saidina Umar adalah insan yang paling teruk dan TIDAK LAYAK kepada syurga Allah
- Maka, suami yang BAIK adalah suami yang terus-terusan membantu dan mendidik dan mentarbiyyah isterinya
Wallahu'alam
(^_^)v
Pesona D' Zahrah ; IKIM.fm ; Ustaz Mohammad Abdullah

************…

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 - EDISI 1

Image
Assalamualaikum wbt, hi kalian semua, Alhamdulillah untuk entry Edisi 1 ini, IM akan kongsikan dengan kalian semua serba sedikit tentatif program dan insan-insan hebat yang berusaha menebarkan dakwah dan menyemai benih Islami dan Ilmu buat semua peserta Seminar Baitul Muslim 2.0
kali ini, InsyaAllah

^_^


Sebelum Aku Bernikah  -  16 Februari 2013 (Sabtu)


SLOT 1 : Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Pengurusan Jiwa
Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh

SLOT 3 : Fulu$ oh Fulu$
Tuan Suzardi Maulan

SLOT 4 : Sebelum Aku Bernikah
Tuan Hilal Asyraf

SLOT 5 : Kau dan Aku Berbeza : I Drive, U Baca Peta
Panelis : Ustaz A. Ubaidillah Alias & Puan Wardina
Moderator : Tuan Amin Idris (TV Al HIjrah)




Bercinta Sampai Syurga  -  17 Februari 2013 (Ahad)


SLOT 1 : Oh Mertuaku !
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Rumahku Syurgaku
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

SLOT 3 : Tarbiyyatul Aulad
Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

SLOT 4 : Bercinta Sampai Syurga
Ustaz Muhidin Mokter
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
(pasangan suami …

TAKUT JARUM VS DERMA DARAH

Image
Assalamualaikum wbt, Salam ukhwah bagi follower baru yang sudi jengah dan follow IM iye oh iye IM tu singkatan Ilya Maisara la   ^_^
Hari ini, 19.02.2013 hari Selasa ok, tarikh yang cukup bermakna? kenapa iye? part ini kemudian akan IM kongsikan
Hari ini juga, hari yang IM sangat tunggu-tunggu saban tahun, bulan Februari juga la yang IM nantikan
KENAPA???
sebabnya... bulan Februari sahaja Pusat Darah Negara datang ke bangunan Lembaga Tabung Haji iye... buat apa lagi? sedut darah la hihi  ^_^
yup, sejak dapat green light daripada ibu masa di kampus UIA, memang inilah aktiviti IM suka bukan apa, dulu pernah jadi anak derhaka disebabkan kondisi badan yang tidak berapa mengizinkan, kerap kali juga IM curi-curi pergi derma darah, TANPA KEIZINAN IBU tahu apa jadi?
tak cukup itulah, inilah, low bp la.. macam-macam la siap sekali tu, layak derma, lepas derma pitam euw!
bila IM balik rumah cerita dengan ibu IM, memanglah kena ceramah panjang haha! konon baik hati sangat la tu nak berbakti MORAL OF THE STORY, bila dap…

SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN

Image
Assalamualaikum wbt, my dear sahabat ayuh sertai segmen ini
hanya perlu klik je kat gambar yang cute kat atas ni ye Alhamdulillah, dapat ilmu baru dalam blogging Backlink   ^_^
Siapa kata blogging itu tak perlu belajar wah! memang seronok dapat belajar ilmu baru
Ok semua, jangan lupa join ye, insyaAllah tambah kenalan, jangan tambah musuh

Tinta IM : InsyaAllah, jika tiada aral, bila follower IM dah menjangkau 50 orang, IM berhajat nak buat segmen Give Away la  (^_^) v  best best! tunggu!!!!

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0

Image
Assalamualaikum wbt,
hi sayang-sayang sekalian, well, weekend ni apa yang kalian akan buat untuk mengisi masa lapang? ^_^ apa pun perisiannya, mohon la kalian semua gunakan nikmat masa lapang ni dengan sebaik mungkin

InsyaAllah dalam usaha IM (Ilya Maisara) nak cedok ilmu untuk masa hadapan, esok (16 Feb 2013) dan Ahad, IM akan sertai seminar di PICC
seminar apakah?
SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0

insyaAllah IM akan cuba kongsikan intipatinya dalam entry akan datang Wallahu'alam
^_^

Wanita - Isteri

Image
Assalamualaikum wbt,

Ini adalah 'scheduled entry' ^_^

macam-macam IM nak kongsi ilmu dengan kalian semua

Wallahi... dalam usaha memperbaiki diri

yang paling penting adalah ILMU!



Ilmu boleh diperoleh daripada pelbagai cara

dan 'blog walking' misalnya adalah medium yang bagus juga kan

jadi hari ini IM nak kongsi dengan kalian

wallahu'alam

sumber



2 merpati sejoli yang IM suka sangat nama pun lebih kurang jer.. hihi ^_^ 



4 jenis watak isteri yang digambarkan dalam Al-Quran 



1) Jenis ideal isteri Musa.


Walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:


Salah seorang dari kedua wanita itu berkata “Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita)…

8 Tanggungjawab Suami Kepada Isteri – Imam Ghazali

Image
Assalamualaikum wbt,

salam jumaat

salam penghulu sekalian hari

moga hari ini penuh baraqah untuk kita semua

InsyaAllah ^_^


oh ya, pagi ini IM ada perkongsian sedikit


ini pun hasil cedokkan ilmu daripada usaha 'blog walking' pagi ini

InsyaAllah baraqah buat kalian semua dan IM juga

Ilmu yang disebarkan kan lebih baraqah gitu


jom!



8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah:


1. Mengadakan walimah


Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri


Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.


3. Meraikan isteri


Sua…

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Image
Assalamualaikum wbt sayang sekalian,
Hari ini, IM (Ilya Maisara) join satu lagi segmen, seronok join bukan apa, tambah kenalan
dan yang pastinya, bolehlah cedok ilmu yang kawan-kawan baru ada ye la, kawan biar beribu, x gitu!
so.... tunggu apa lagi join la ye...



yaya in da' house ^_^

1st Segmen : Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist

Image
nak join??? sila jengah blog ini ye

Assalamualaikum wbt, IM (Ilya Maisara) mulakan hari ini dengan jejak kembara di Blog Ina ni.
Jom semua serbu blog ina, dan join 1st Segmen beliau  :) jom jom jom
klik sahaja link di atas ye wallahua'alam..
berkawan biar beribu... jangan musuh menyerbu sudah  ^__^

KARYA IM : JANJI DEMI JANJI

Manusia terlalu mengejar bahagia mengejar sempurna mengejar cinta hingga hanyut terleka
Betapa kita, yang namanya manusia selalu sahaja terbuai dengan indah dunia sampai sahaja membutakan mata pada nikmat di depannya mengharap pada bayangan yang berlegar di minda yang tak pasti kewujudnnya
yang dipuji pada elok dan rupa pada yang bukan haknya yang dikeji segala nista pada yang dimilikinya angkuhnya manusia
mana hilang kewarasan jiwa tak endah pada murka Pencipta
kita terlahir dengan kesempurnaan kejadian jangan lupa kekurangan yang beriring bukan untuk dicaci maki namun untuk diperbaiki dan terus berusaha untuk memahami kelemahan yang ada di sisi
kita tidak punya hak membenci! apatah lagi memaki sesuka hati!
cukuplah diri di sini menggalas misi Ilahi sehingga pastinya dijemput pergi menghadap Robbul Izzati
tabahlah hati ini berpegang pada janji Ilahi cukuplah Allah buatku, di sini, di sisi abadi
Cinta Mu padaku tak pernah kurang walau seinci walau sekeliling membenci dan tak henti merendahkan diri ini ku kuat kerana Mu …