Posts

Showing posts from 2013

MIGRAIN

Image
Anda sering mengalami serangan Migrain?
Tak tahan serangan yang berulang kali sehingga mengganggu rutin anda?
Migrain menyerang tatkala revision week, exam week.. Argh!!! stress!!!

Jika anda katakan YA...  Maka... tubuh anda amat memerlukan DHA :) 

DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran.
Bagi penghidap MIGRAIN, anda disarankan untuk mengambil DHA kerana ianya mengatasi serangan Migrain!!! 
Ini la penyakit popular students... 
# So.. mana nak cari DHA ni, takkan nak belek-belek semua ingredients makanan sebelum beli kan kan?!
Tak usah gusar! Tak usah pening! DHA ini juga terkandung dalam OMEGA GUARD Shaklee
So, guys out there, jom grab this month promotion nutrisi daripada Shaklee....  hehe 
This month promotion, BUY 6 FREE 1... Tak nak borong 6 pun anda boleh dapatkan harga promosi juga ye Hanya perlu PM/ Whatsapp saya SID Isma (ID 1081111) - 0173733012
Saya sedia membantu  InsyaAllah

LITTLE CALIPH PUTRA PERDANA 2013

Image

Maal Hijrah 1435H

Image
Salam Maal Hijrah 1435H
^_^
Hijrahlah kepada kebaikan dan bukan ke jalan kekufuran wannauzubillah
Alhamdulillah, tahun baru Islam kali ini berstatus baru gitu!
Allahu Allah!
Untunglah...
Biarlah dunia mengata apa sahaja tentang diri ini Namun, Allah tahu luar dan dalamku
Mahu apa lagi? Nikmat seluruh alam terbentang indah
Alhamdulillah syukur Allah atas tiap cintamu kuatkan tautan kasih kami atas jalanMu

AIDIL ADHA TAHUN YANG LALU

Image
Salam Aidil Adha... eh kenapa awal benar IM ambil gambar raya? hihi  ^_^
ni gambar Aidil Adha tahun lepas ha? tahun lepas? aah.. saja nak imbau kisah manis tahun lepas
Aidil Adha tahun lepas mencatatkan sejarah ye la... tahun lepas, ayah dan ibu IM mengerjakan fardhu haji
tahun lepas juga la banyak kisah suka duka  yang banyak mengubah warna kehidupan IM Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah
tahun lepas, usai solat sunat Aidil Adha IM dan adik-adik menghabiskan hari kami di Melaka bersama makcik terasayang kami; Mak Wah..
jom soroti kisah kami... enjoy the momento! hehe... layan...













KISAH TANGAN

Image
Allahuakbar! lama sungguh tak menjengah opssss... bukan tak menjengah tapi lama tak mencoret tinta hati hihi
maaf sayang-sayangku ^_^
Assalamualaikum wbt, harap kalian semua sihat hendaknya insyaAllah
oh ye... Alhamdulillah IM masih lagi dalam fasa ta'aruf oh... biasa la baru nak bercinta lepas nikah gitu!
oh ye... IM ni ada satu habit yup! selalu juga orang tegur
APAKAH?
gambar tangan bak kata... biar tangan berbicara gitu!
aduh... memang suka ye la... kita tak cun mana macam model2 uik.. gitu well... banyak nak kongsikan sebenarnya insyaAllah.. later ye.. 



dating time!


baju 1st yang sama! actually tak sama sangat baju yang encik abang belikan dia kata; tak nak beli baju yang sama ke? semangat dia tolong carikan motif yang ala2 sama
gitu!


picnic time! makan ice cream tepi tasik


melekat time! haha

Tinta IM : melayan Semanis Kurma : Langkah Bendul...

CINTA KITA

Image
saya tak tahu bila masa Allah kirimkan rasa kasih ini pada saya
saya tak tahu bila masa Allah pinjamkan rasa sayang ini pada saya
saya tak tahu bila masa Allah utuskan rasa yakin ini pada saya
saya tak tahu bila masa Allah titipkan rasa cinta ini pada saya
apa yang saya tahu Allah sayang saya lalu dikirimkan kasih dipinjamkan sayang diutuskan keyakinan dan dititipkan cinta pada hati saya yang terdalam ini
sungguh Allah syukur daku atas setiap satu nikmat kurniaMu maka Ya Allah jangan pernah biar daku dan dia jauh dariMu selalulah ada dengan kami agar kami selalu dekat denganMu meraih cinta dalam tiap redhaMu kerana adanya dia untukku keranaMu
sungguh daku tak kuat tanpanya dan tanpaMu ya habibi kasih hatiku sungguh satu sahaja pintaku agar kita menjadi tetamu teragung bersama; kau dan aku di taman syurga abadi Yang Maha Ilahi Allahu Robbi
Tinta IM : setiap hari adalah hari baru untukku dan dirimu...  ^_^

AIDILFITRI 2013 : KELUARGA SAYA

Image
Assalamualaikum wbt....
moga kalian semua sihat insyaAllah
semuanya update dan maklum tak tentang keadaan Mesir terkini?
Ya Allah... harapnya, semua ringan-ringankan lidah panjatkan doa demi keselamatan saudara mara kita di sana dan seluruh dunia ye.. insyaAllah

oh ye.. salam Aidilfitri..
semalam IM kongsi aksi sebabak yang buat korang rasa nak muntah iyer??
hari ini, IM tambah lagi..
sampai kalian pengsan pula
hihi..
xla.. harapnya tiada la yang rasa loya ye..

ampun maaf dipinta
salam kemaafan..

*********

ini koleksi gambar pada hari raya ke - 2 di kampung bonda tercinta
Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan







sekian liputan hari raya bagi tahun ini.. banyak lagi.. tapi nanti semua muntah kan kan
:)

SAHABAT : ENTRY YANG ENTAH KEBERAPA JUTA KALI

Image
Sebab... IM rindu sangat sahabat-sahabat IM lalu IM postkan lagi dan lagi dan lagi....
Ya Allah, Kau beri kesempatan kami berukhwah di dunia ini Ya Allah Maka Kau berikan kesempatanMu agar kami dapat bersatu di dalam syurgaMu Ameen Ya Robbal 'Alamin
(^_^)




Tinta IM : sekarang.. semua dah ,memegang status isteri.. wah! pantasnya masa berlalu...

AIDILFITRI 2013 : SYAWAL 1434H

Image
Assalamualaikum wbt semua...
harapnya kalian semua sihat belaka jangan pula salahkan ketupat, lemang dan rendang ye jaga pemakanan kalian tau
say no! no! no! kepada gaya pemakanan yang kurang sihat..
hihi... dah macam pakar pemakanan pula IM ye...
****
Alhamdulillah... IM sudah kembali ke lapangan kerja pagi tadi merupakan hari pertama IM memulakan tugasan selepas seminggu bercuti hari raya kalian pula bagaimana? masih di kampung halaman? wah! wah! wah!
IM kalau ikutkan hati dan rasa, mahu sahaja becuti lama-lama tapi serius, hambatan rasa rindu pada anak-anak di tadika ecewah! kalau anak-anak baca blog teacher Isma, confirm touching!
hihi  ^_^
******
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Segala pujian selayaknya hanya padaNya Tuhan semesta alam
Aidilfitri kali ini, IM dapat raikan dengan status baru ISTERI
wah! wah! dah besar dah rupanya IM ni tapi kenapa rasa sentiasa muda remaja gitu? hihi...
so, raya kali ini, ala-ala post wedding la ye mood pengantin baru mengada-ngada masih ada melekat! so... apa lagi...
(^_^)v





su…

TAHUN BARU

InsyaAllah segalanya serba baru mind set pun kena ikut baru sebab dah masuk keluarga baru hihi..
sedang persiapkan mental fizikal jangan pula ada yang 'banjir' masa pagi raya sudah!
tapi dalam masa yang sama excited juga ye la pengalaman baru katakan!
uolz macam mana pula?
^_^

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Aidlifitri daripada Isma dan suami..
p/s: hihi... dulu kan suka forward msg raya, daripada saya dan suami (walaupun masa tu belum bertukar status, sekadar gurauan.. la ni, dah boleh dah.. hehehe)
 harapnya dapat la posing sakan di sisi kekanda terchenta gitu! hihihi.. nasib la ye kekanda, adinda memang suka amek gambar me? contra dengnan suami.. heheh
biasa la kan, compliment each other insyaAllah :)

RASA INI

Sinis pandangan mereka seakan menyampai berita tanpa sebutir suara
Mahu apa mereka? merenggut semua yang ada yang aku punya merampas segenap bahagia yang aku rasa
Punya apa diriku? mengemis secupak cinta mengharap belas semua
Tak betah merangkul duka sentiasa hatiku bukan milikku dan mungkin bukan miliknya jua
Mereka bisa tertawa berkata apa semahunya aku hanya menongkah mimpi mimpi tanpa secalit realiti
Sampai bila mampu bertahan? begini? episod dukaku menjelma lagi dan lagi...
Tak mampu sembunyi duka hanya wajah penuh pura-pura itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa
 Maafi diri diri yang selalu sahaja larut dalam rasa selalu berendam luka dan selalu sahaja kecewa
Moga esok bila terjaga dari lena aku mampu mengukir senyum dengan raut paling manis sedunia itu harapan hari ini
Dan moga sahaja hati bisa mengerti yang realiti tak mungkin seperti mimpi hamparan berlian tak mungkin menghiasi kala diri menjalani duniawi sebelum bertemu Yang Maha Hakiki pasti!
:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::

MIMPI

Kala disapa cinta terbungkam aku tanpa sebutir kata bisu seribu bahasa
Terasa lemas penuh tanda tanya apa bisa hati terima? atau sekadar lihat dan tunggu sahaja? menanti tanpa putus asa
Dia hadir bersama cinta atau sekadar mimpi sahaja mengharap yang tak kunjung tiba?
::  karya sekitar bulan April kot.. entah.. hehehe ::

ANUGERAH

Sungguh rasa ini mungkin yang terindah kala ini mungkin yang terdamai kala ini dan mungkin juga yang terhebat kala ini
Kata syukur dan puji hanya padaMu anugerah yang tak terjangkau anugerah yang tak ternilai anugerah daripadaMu
Rasa bahagia yang membalut hilang pergi segala gundah terawat sudah segala lara dan tercipta sudah episod indah dengan hadirnya sebuah anugerah
Aku cuma mengharap yang datang ini bukanlah pelangi indah indah seketika pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula
:: RnR Rawang :: 08 Mei 2013 - 9.35 am

SAKIT

Mata mengapa sukar untuk memadam bayang apa yang terpandang... sakit
Minda mengapa sulit menghapus memori apa yang pernah terlintas... kusut
Hati terlalu gusar menidakkan rasa apa yang menapak di jiwa... perit Maaf mata ini tak mampu berbohong minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang hati ini terlalu takut untuk jatuh hati terlalu payah untuk mengusir pergi
Maaf sekali hati tersakiti terlalu payah untuk dibaiki dan selamanya ianya di sini sampai mati pasti!
Hanya kekuatan Yang Maha Kuat kesabaran Yang Maha Sabar dan ketenangan Yang Maha Tenang terpinjam sejenak buat diri kuat bertapak di sini hingga jasad dan roh ini dijemput pergi
dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti aku tak pasti
kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti walaupun tidak pada realiti atau nampak di mata hakiki keranan yang luka adalah  di hati ini pasti
maafi diri terlalu larut dalam emosi dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi


:: takpastibilaakanpulihkembali :: Tadika Kasih Khalifah (17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt semua :)
Allahu Allah.. Ramadhan kareem
Alhamdulillah.. sudah masuk 12 Ramadhan hari ini jadi... macam mana sambutan Ramadhan kalian semua?
Alhamdulillah tahun ini Ramadhan IM penuh warna warni syukur.. segalanya serba baru
kenapa?
tahun ini 1st time serba serbi
1) 1 st time Ramadhan dengan title ISTERI seorang SUAMI (^_^)
2) 1st time Ramadhan sebagai seorang TEACHER (",)
3) 1st time Ramadhan yang most of the time jadi Imam Tarawikh sebab Tarawikh di Tadika bersama Teachers... hihi
oh ye... IM tak sempat nak transfer gambar, so, yang nak tengok dunia baru IM boleh la JENGAH SINI :)
ini FB IM
moga Ramadhan yang barakah ye semua...

INNER NECK LAGI

Assalamualaikum wbt,
jom semua KLIK SINI atau SINI
promo untuk Ramadhan dan Syawal

HIJRAH

Assalamualaikum wbt,
moga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt...
Wah!!! macam tak percaya akhirnya IM dapat juga pos entry ni Allahu akbar!
hihi... kenapa ek? mesti semua pelik iye..
Alhamdulillah.. IM dah berhijrah IM dah bertukar ke tempat baru suasana baru teman baru persekitaran yang baru serba serbi baru Allahu Allah ^_^
syukur atas segala nikmat Allah insyaAllah nanti IM akan kongsikan serba sedikit penghijrahan IM yang berwarna baru
wah! gitu!
Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah
Tinta IM : Maaf, IM tak dapat nak kongsikan gambar. IM xde kamera atau hp yang boleh snap gambar Little Caliphates semua ni... hihi  ^_^

ATASI KESULITAN YANG DIHADAPI DENGAN DOA

Image
Sumber : www.darussyifa'.org

SAIYIDUL ISTIGHFAR

Image
Sumber : www.darussyifa'.org


(^_^)V  hari ini IM mulakan tugasan baru di tempat baru dalam suasana baru dan serba serbi baru. Mohon doa semua ya... InsyaAllah

DOA SEGALA DOA ^_^

Image
Sumber : www.darussyifa'.org

JAMPI PENGASIH

Image
Sumber : www.darussyifa'.org

SELAWAT MUNJIYAH

Image
Sumber : www.darussyifa'.org