Monday, June 11, 2012

LAYAR HIDUP 2

     Terlalu indah perjalanan hidup ini...
Dilatari pelbagai warna, yang kadang menceriakan, kadang menyuramkan, kadang mengaburkan pandangan dan kadang menyesakkan... 


     Namun apa yang pasti, hidup harus berjuang untuk terus maju ke hadapan, bukannya menyesali dan meratapi masa silam. Lantaran hiba mengenang kesedihan masa lalu, manusia kadang lupa untuk menguatkan jiwa, aqal dan semangat juang. 


     Walaupun ketidakperluan pada sebuah perjuangan (jihad) di medan perang, namun jangan sesekali kita alpa, misi kita di dunia sebagai Khalifah Allah, yang berjuang terus-terusan mengibarkan panji da'wah dan menyebarkan syiar Islami..
Ya!!! Mungkin kita bukanlah sebaik mana untuk berda'wah seperti Mua'lim, Ulama' dan seumpamanya, tapi WAJIB untuk kita melaksanakan amanah yang satu ini.
Kuatlah wahai hati.. untuk terus istiqamah dalam jalan Allah  :)




Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(A-li'Imraan 3:142)




     Dan syukur pada Nya, masih lagi hati ini kuat bertahan. Kadang-kadang bisikan dan hasutan syaitan itu kuat menggoda. Mana taknya! Ada pasang surut iman di jiwa ini.




A200

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.






     Saya akui, memang saya bukanlah budak yang sangat baik, tapi selalu ingatkan diri untuk terus jadi baik, baik dan lebih baik. InsyaAllah.. Oh ya, inilah sambungan daripada PART 1 dulu. Sangat lama kan.. tak apa.. yang pasti ada kesinambungannya...


     Yes! Saya memang tak suka bila kena masuk asrama... Bak kata ibu, "Setiap hari Rabu je mesti call, suruh datang ambil, nak balik rumah". Ahahaha!! Silalah gelakkan saya. Ya! itulah saya yang dulu. Saya yang cengeng, mudah terasa dan emosi (masih seperti ini, tapi dah kuat sikit la).


     Saya bersahabat dengan pelbagai jenis manusia, apa yang pasti, diri ini masih jitu dan kuat prinsip hidup membuatkan saya mampu bertahan di dalam lautan karenah manusia yang pelbagai. Saya bersahabat dengan kawan-kawan yang solehah (rajin menasihati, baik budi, menegur yang mana khilaf) syukur Ya Rabb. Tapi saya tak mungkin prejudis terhadap kepelbagaian manusia. 


Pelikkah saya ???


  ~ saya sangat tegas dan garang (orang selalu gelak dengan statement saya yang satu ini)
  ~ hidup saya tiada istilah couple (sebab ajaran Rasulullah tak tersenarai pun kn kn)
  ~ say no to wayang!!! (insyaAllah masih lagi bertahan)
  ~ dan macam2 lagi...


     Saya bersyukur, kawan-kawan saya sangat memahami. Bila keluar dengan saya, if nak ke wayang, mereka akan make sure ada MPH atau mana-mana tempat yang sesuai untuk saya spend time semasa mereka menonton. Sayang korang!!! Yes!


     Ya! Saya memang mudah mesra dengan sesiapa pun. Tapi AWAS!!! Saya sangat sangat sangat takut dan tak pandai bersahabat dengan kaum Adam. Saya perlukan time adjustment untuk bersahabat dengan berlainan jantina. Maaf! Walaupun saya tak sebaik mana, tapi saya cuba dan terus cuba untuk menjaga diri.


     Masih lagi saya ingat, memori indah semasa mengikuti Program Cuti Sekolah, sebelum memasuki Form 3. Di situlah titik tolak perubahan saya, daripada seorang gadis yang pendiam kepada seorang yang berani, tegas dan ramah. YES! Saya perlukan perubahan dalam hidup. Saya tekad! Buat pertama kalinya, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, lokasi program tersebut adalah di sebuah pusat tahfiz persendirian (swasta) memberikan 'angin' yang baru buat diriku. Entah kenapa pada saat itu saya sangat tekad untuk mengubah diri.. Mungkin bosan dengan perangai lama, nak berubah angin kot. Hihi.. Syukur, dalam tak percaya, anugerah peserta terbaik (perempuan) berjaya saya ungguli..  :)  Sebab apa ye? Wallahua'alam... mungkin kerana saya amat prihatin keadaan sekeliling, dengan gelagat kawan-kawan sebaya dan juga keletah adik-adik sekolah rendah, kami seronok dan bahagia sebulan di situ.


     Seusai pelajaran di bangku sekolah, meneruskan lagi misi pembelajaran. Mungkin kerana sedih yang teramat kerana tidak mendapat tawaran Matrikulasi Kerajaan, saya sangat down  :( Namun, Allah itu Maha Mengetahui, terlalu baik segala perancanganNya. 


   Di tempat baru, udara baru, suasana baru.. membangkitkan lagi semangat jiwa... ingin melebarkan lagi sayap.. bukan nak gebang, cuma nak mecuba nasib.. mungkin di sini, nasib ku berubah.. oh mentaliti yang salah sungguh, kalau tak usaha, masakan kejayaan itu akan diraih dengan mudah. Maka, berkat ketekunan ku di sini, bersama sahabat-sahabat utusan Allah, aku cuba mengemudi diri (maaf, bermula catatan ini, mungkin kata ganti nama berubah, maaf ya).


   Aku tak minta banyak.. Aku tak harap banyak.. tapi aku terus cuba banyak-banyak.. YA! mencuba untuk lebih berusaha, mencuba untuk terus bangkit dari kejatuhan di bangku sekolah, cuba untuk mentaksir kemampuan diri ini. YA! Dan di Pusat Matrikulasi UIA PJ ini ku temui segala-galanya (ya... mungkin segala-galanya bagi diriku tika itu). Aku punya sahabat tersayang Husna Hassan Basri.. yang tak pernah serik menyokong dan seiring ke mercu jaya. Walau kadang lelah mengejar mereka yang maju ke hadapan, ku kuatkan jua langkah kaki untuk berlari. 
  


*** usai di siini *** 

No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...