Posts

Showing posts from June, 2012

Hari.. Kari.. Mari.. Sudah Dibeli Semua..

Alhamdulillah.. jualan selesai licin semua.. syukur ^_^
bak kata akak sedara saya Kak Yan tu magnet duit ni ahaha
syukur..
by the way..
sebenarnya..
kalau Kak Yan baca post ni memang sah sah kena marah
sebab..
saya jual, harga modal..
jadi..
TIADA KEUNTUNGAN !!!
tapi saya puas hati sebab semuanya habis terjual
tak kisah pun, hopefully semua puas hati la hendaknya..



p/s : x pandai sangat meniaga, sebab kesian kat orang.. hihihihihihi  (gelak la.. gelak la.. gelak la..)

Hari.. Kari.. Mari... Beli..

Assalamualaikum wbt..
lama dah tak berceloteh kat sini kan  ^_^ oh ye...  hari ini dalam sejarah dunia
terpaksa.. dan dipaksa... dan akhirnya rela... ahahha
apakah?
ceritanya bermula begini...
Allah...Allah.. Allah...Allah..  alunan nada dering - Qad Kafani bergema
Kak Yan : Lia... Lia... Kak Yan nak minta tolong ni.. Me: iye... nape nye? (patuh je)
Kak Yan : Kak Yan ada order kuih kat Kak Yan (sorang lagi nama sama.. hihi) Me : jadi?
Kak Yan : Kak Yan x sempat nak p ambil.. so, Lia p la amik dan buat la pape y patut ye, makan ke.. jual ke.. pape je la ye.. Me :  ha????  oooo.. ok ok..

Selepas ambil frozen karipap pada Kak Yan yang lagi satu, maka bermulalah operasi jualan saya..  ohoho... ^_^

"Frozen karipap.. siapa nak beli?" ahahha.. aksi yang sangat kelakar dalam opis yang tak patut diulang tayang
Siap bagi e-mail lagi kat staff :) ihihi
kompem, langsung tak berkaliber la berjualan ni
~ THIS IS NOT MY FIELD @ SPECIALTY ~
by the way, hampir ingat-ingat lupa je.. masa sekolah …

Dia dan dia

aku ada Dia
tapi aku selau menanti dia

aku ada Dia
tapi aku selalu mengharap dia

aku ada Dia
tapi hatiku selalu ragu pada dia

aku ada Dia
tapi tak pernah puas dengan dia

aku ada Dia
tapi hatiku gundah dan ragu akan dia

adakah dia tercipta oleh Dia untukku?
adakah dia bukan untukku?

aku ralat dengan rasa ini
aku rimas dengan hati ini
aku sesak dengan riindu ini

pulihlah hati dan nubari
kerana aku ada Dia dan mungkin juga dia..

Perkongsiaan ^_^ ''Ustaz Don''

Assalamualaikum wbt sahabah sekalian  :)

ayuh... bersambung semula perkongsian semalam ye.. tapi.. hari ni saya letakkan point dan ringkasan sahaja iye. x pe kan..  ^^

UD kongsikan sedikit;

"Demi Allah, tiada seorang pun layak ke syurga, kecuali yang berIMAN dan tidak berIMAN kecuali yang berkasih-sayang".
Tanda-tanda akhir zaman adalah, SALAM hanya diungkapkan dan dilafazkan kepada orang yang dikenali.

:: nak kongsi sikit la, waktu sekolah menengah dulu, para mua'lim dah terapkan nilai yang unggul dalam diri ini, especially, tentang salam ni.
Dulu, lidah dan mulut ini tak pernah la alpa dan lepas untuk beri salam semasa dalam kawasan sekolah. Tapi, ia tidak cuma di kawasan sekolah, malah berterusan, sampai kat shopping complex pun masih tak malu pun sebarkan salam.. TAPI SEKARANG????  

~astaghfirullah al azim, Ya Allah keampunanMu jua yang ku harapkan~
(T_T)

jom-jom sambung semula perkongsian ilmu bersama UD..

ok.. saya nak buka semula cerita semalam balik iye.. minta izin ye ^^

S…

Fenomena UD pula lepas UAI ^^

..biasanya.. hanya mampu bertentang mata dalam TV AlHijrah jer... tapi pagi ni LIVE di Tabung Haji.. sungguhlah..

kebiasaannya, kalau ada ceramah atau kuliah kat Tabung Haji, bukan senang warga TH nak memenuhkan barisan hadapan kerusi di dalam dewan besar TH. Tapi kali ini, SUBHANALLAH... sungguhlah aura beliau meresap ke semua warga TH.. macam fenomena UAI... suka la saya.. sebab benda2 baik ni, eloklah dikembang biakkan.. ye tak..

Well.. Ustaz oh Ustaz.. ralit memerhati warga TH yang lain memenuhkan barisan hadapan.. uhuhu.. sebenarnya saya pun duduk barisan hadapan.. ihihi.. nak RESAP SEGALA ILMU pak ustaz la..  ^^  (alasan la tu!)

start je Ustaz masuk.. pergh!!! semua terdiam, tak kelip mata..  (=_=)'
betul ke Ustaz dah depan mata ni.. tahu apa ustaz cakap.. "Ibu, ayah, saudar-saudari yang dirahmati Allah swt, percayalah, bahawa sayalah Ustaz Don"..

ecewah! poyo ek ustaz!I like :)
ustaz mesti nampak muka2 warga TH macam tak berkedip, tak percaya Ustaz depan mata.. ^^
ya lor…

Dari Kekasih Buat Kekasih

Allahuakbar!

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada                  Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha          Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun 64:1)

Buat sahabatku yang sentiasa ku titipkan namamu dalam doa dan sujudku.. Sungguh memang Alalh sedang mengujimu dan keluargamu..kerana yang pasti, Dia Maha Mengetahui betapa kalian MAMPU dan sangat kuat dalam menghadapi ujian yang satu ini..
Sabarlah sahabatku yang ku sayang atas nama Ukhuwwah fillah abadan abada..
InsyaAllah.. ada jalan yang terbaik terbentang di hadapanmu dan keluargamu.. Sungguh, terasa tak layak untuk menitip nasihat atau kata apapun buatmu dan keluargamu..  Yang daku mampu hanya mendoakan kalian sungguh2, walaupun hanya membaca e-mail ini sahaja, terasa berat sungguh tanggunganmu..
Maaf.. kita jauh.. kalau dekat, memang serasanya kita pasti duduk bersama, berendam air mata bersama.. sungguh kalau boleh transfer bebananmu itu, ingi…

Palitan Dosa

.. malam ini..
cuba untuk bertenang, setenang, tenangnya..
tapi asyik saja memikirkan masa depan yang tak pasti ini

terlalu aku  lemah
mengimbau segala palitan dosa
tapi.... masa depan terus meyakinkan aku
betapa hidup harus diteruskan
walaupun pautannya hanya pada reruntuhan harapan


harus aku kuat
menangkis segala kekejaman diri pada diri sendiri
batinku harus kuat
sekuat kuatnya
tabah setabah tabahnya

hari depan yang penuh pengharapan
moga terus aku setia di sini
menanti suatu yang tak pasti
menagih janji yang satu itu
sungguh cintaku padaMu Ya Rabb....

MASHAF QURAN WANITA :)

Image
HanyaRM40 senaskhah..
berminat?
sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang.. lebih bermakna ni  ^^

TUNGGU

lelah sudah keletihan menjadi penunggu  yang setia maka izinkan daku pergi dan menjadi insan yang ditunggu..
menduga keikhlasanmu yang satu selamat tinggal cinta dunia
aku menuju kepada cinta abadi cinta hakiki cinta Ilahi, akhirat dan mati
selamat tinggal semua izinkan ku pergi simpan semua memori

Mungkin Ada Benarnya

..sungguh.. hampir ditimbuni dengan angan-angan dan harapan yang membuatkan diri semakin lemah.. Lupa akan kehadiran sebuah kenyataan. Dengan mudah menolak segala realiti yang terbentang di depan mata, hanya kerana ianya tidak seperti yang diimpi..

mengapa selalu membiar emosi membungkam segala  rahsia Allah
bukalah mata dan hati seluasnya
nikmatilah, segala yang Allah anugerahkan kepadamu
sambil menyulam segala kesyukuran dan rasa kehambaan kepadaNya Yang Maha Satu

tidak pernahkah serik pada kesilapan lalu
bangunlah jiwa
jangan pernah mengalah sebelum berjuang
jangan pernah jatuh sebelum mendaki
jangan pernah tersadung sebelum mengharung
jangan pernah serik sebelum memungut teladan

sungguh..
sering saja hati tak tertahan
fikrah ku tak seutuh mana
iman ku tak seteguh mana
taqwa ku tak setinggi mana
namun ku harung jua..

walau seberat mana.. pasti akan ku pikul
selagi Kau izinkan...

wahai insan bernama diri
jangan benarkan dirimu terluka lagi
dek kealpaan dan kebodohan sendiri
...
jang…

Teka Teki

.... memang saya tak suka.. FULLSTOP..

saya suka kan surprise.. but not this kind of TEKA-TEKI.. sangatlah tak suka dan tak layan   =_=
so.. sejak dari sekolah lagi, kalau orang soal teka-teki ni, memang la sangat malasnya nak fikirkan jawapan.. ye la.. penat-penat fikir pastu bila jawab salah, oh ia sangatlah MENGECEWAKAN..

memang la den tak berkenan iye..

nak dijadikan cerita.. bila dah besar ni, barulah menyedari bahawasanya hidup kita ini penuh dengan TEKA-TEKI.. yes.. itulah realiti yang terbina dengan sebuah harapan dan kadang-kadang dibayangi bayang-bayang dan diselimuti angan-angan..

ooo.. sebuah kehidupan yang CACA MARBA  ^^


saya insan cengeng

saya insan cengeng saya insan cewek saya memang begini
bila sakit saya nangis bila sunyi saya nangis bila sedih saya nangis
oh.. itu memang habit saya
seorang insan cengeng
*** sekian

BERDOA

Sangat membutuh kan doa ya... doa doa agar diutus kekuatan doa agar terus dianugerah kesabaran doa agar dipinjamkan keistiqmahan dalam diri doa agar diberi petunjuk dalam hidup kedua-duanya dunia doa untuk keamanan Islam
moga mekar dan bercambahnya benih mujahadah dalam diri moga saja diri ini mampu untuk berjuang bukan menjadi petualang dan bukan jua penyumbang.. kepada keruntuhan dunia bukan jua untuk menghancurkan ceria
moga darah mujahidah terus mengalir dalam diri ini abadan abada uhibbullah   :)

LAYAR HIDUP 2

Image
Terlalu indah perjalanan hidup ini...
Dilatari pelbagai warna, yang kadang menceriakan, kadang menyuramkan, kadang mengaburkan pandangan dan kadang menyesakkan... 


     Namun apa yang pasti, hidup harus berjuang untuk terus maju ke hadapan, bukannya menyesali dan meratapi masa silam. Lantaran hiba mengenang kesedihan masa lalu, manusia kadang lupa untuk menguatkan jiwa, aqal dan semangat juang. 


     Walaupun ketidakperluan pada sebuah perjuangan (jihad) di medan perang, namun jangan sesekali kita alpa, misi kita di dunia sebagai Khalifah Allah, yang berjuang terus-terusan mengibarkan panji da'wah dan menyebarkan syiar Islami..
Ya!!! Mungkin kita bukanlah sebaik mana untuk berda'wah seperti Mua'lim, Ulama' dan seumpamanya, tapi WAJIB untuk kita melaksanakan amanah yang satu ini.
Kuatlah wahai hati.. untuk terus istiqamah dalam jalan Allah  :)




Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang…
isnin ... isnin ... isnin ... isnin ... isnin ...

(Z_Z)    (+_+)    (=_=)   (^_^)

Menuju jalan Nya

banyak sangat impiannya..
yang diimpi tapi tak tercapai-capai
asyik menggapai-gapai
selalu melambai-lambai
tapi tak sampai-sampai


KECEWA?

Oh...tidak sama sekali


**************


Semakin hari semakin banyak yang aku pelajari
Setiap hari pasti ada sahaja yang buat aku sedari
Sedetik demi detik banyak yang aku cuba baiki


**************


nak kongsi sedikit ceritera diri..
kisah ku dan diariku yang bakal ku semadikan di laut mati
ecewah
tidak la sejauh itu
tidak mahu la mengabdi diri
menyiksa batin sendiri
dengan kisah lama diri


**************


sungguh kekecewaan itulah bara pembakar semangat untuk terus BERDIRI


**************


ohoho ^^
nak cerita cita-cita yang masih lagi tak tercapai
masih terkapai-kapai..

SERIUS!!!  --->  kelakar..


**************

saya bercita-cita, lepas study nak KAWIN
ihihi.. super gatal!

YES!
macam mana la nak kawin? calon pun tak ada..
hihi..
sangat berharap Sang Imam turun dari kayangan
iye la.. nak berkawan tak pandai..


SEBAB?
Ilmu tak cukup
Iman tak kuat
Amal tak …

KARYA IM : MAAF

tiada yang bisa mengawal minda
tika hati bermuram durja
maaf
ruang dan masa jua ku pinta

andai masa diundur
ku pinta kekuatan dipinjam jua
agar bait kata itu terucap jua

moga saja aku kuat menapak
tidak mengulang dosa semalam
maaf

lepas kan aku untuk berlalu dulu......