Posts

Showing posts from December, 2011

Pelangi 2011

Image
Tak mahu celoteh banyak..   (^^)''  ~macam x caya je~ hihi
Inilah warna warni, gilang gemilang majlis pertunangan danwalimatul urus sepanjang tahun 2011











Pengantinnye :)  opss.. bukan bukan.. kat bawah ni.. hihihi  ^^



Main baling2 gula2... hambek la kanak2..  syweet  :)


v v v v v v v v v

Dan bila nak tiba ke penghujung tahun 2011 ni......






Sayonara 2011.. Ahlan Wa Sahlan 2012 :)

Image
Tahun 1433 H dah menjengah bulan keduanya Safar Tahun 2011 yang masih berbaki 2 hari ini oh.. bagai tak percaya kan  ^^

Tahun 2011 tahun yang ku kira terrrrrr....lalu banyak perubahan yang ku lalui ya.. dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan akhirnya setahun bakal berlalu..
Bermula 2010, seusai sesi pembelajaran di UIA.. ku kira April 2010 (last paper final exam) masih lagi terus menyemai budi di UIA.. ahhh... memanglah rasa sangat sayang nak tinggal UIA.. kenapa ye? apa lagi? environment dan kawan2 la kan kan.. mengaku je la iye  ^^
Lama juga part-time di UIA.. sebelum Kak Yanmengusulkan untuk forward resume pada HR Tabung Haji.. kejap je.. tiba-tiba dapat call daripada TH.. ALAMAK!!! ~cepatnya~  terpaksalah meninggalkan semua kesayanganku NanaLiliKak Ayu dan Kak Ain... dan juga UIA..
tata UIA (^_^)  excited juga nak explore real world


Bertapak jua diriku di Tabung Haji.. FINALLY  ^^ bermulalah kehidupanku sebagai Pelatih Pengurusan...a.k.a Pelatih Skim Lepasan Siswazah (SLG) hi…

KARYA IM : Sebuah Pengadilan

Image
Hidup tanpa tujuan  bak pelayaran tanpa nakhoda pincang hanya mengikut dorongan angin lalu goyah
Hidup tanpa berbudi bagai pohon tak berbuah indah menghias pandangan namun tak dihargai kewujudannya sayang
Hidup tanpa memberi laksana pengemis menagih simpati tak jenuh meminta pada yang ada merayu pada yang sudi tak kuat untuk bangkit sendiri membanting keringat mengerah diri bagai menanti bulan tak jatuh jua
Hidup perlu pada sebuah haluan biar terkadang tersasar namun tekad hati membulatkan azam biar dicantas masa dan ketika jitu terus maju
Hidup perlu berjasa walau tak segah mana walau tak sebesar mana ikhlas budinya pasti diingati semesta duniawi
Hidup jua butuh pada berkongsi memberi tanpa henti mengeluh hanya di hati kerana keikhlasan yang akan dihitung kelak di akhirat nanti
kerana sesungguhnya.. Dia yang mengadili pasti  :)

KARYA IM : Setia

Image
Lewat malam ini seakan mengerti kedinginan yang merangkul diri
Setiap nafas yang terhembus setiap kata yang terucap setiap nadi yang berdetak semuanya mengerti fahami
Segala lara yang berhimpun menyatu dan berpadu sungguh seluruh raga
Bagai pengembara meniti kembara penuh ranjau... tetap dijalani penuh kepedihan.. tak luntur semangat diri
Ku akui kadang lelah mengemudi terkadang tewas pada azam ada tika samar tujuan
Namun
Ku tetap di sini mendaki menelusuri lembah ini
Mungkin jalan ku pilih pincang tersasar dan melulu adakalanya tapi kerana ku ada Dia, dia dan kalian semua ku masih betah di sini hingga saat yang pasti setia di sini

KARYA IM : Penyeri Dunia

Image
Walau apa jua bunga pilihanmu
Wanita Kau tetap penyeri duniawi perindah diri dan peribadi maka dirimu tetap dambaan di syurgawi nanti moga dirimu unggul di mata insan dan Sang Pencipta
"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah" ameen

Cik Isma!

semenjak 2 menjak ni banyak merepek la kat blog aip!
~ ayat dah x bombastik dah... dah karat dah~

KARYA IM : Tanda tanya ?

Image
Manusia.. terlalu mudah menabur kata menyemai benih dusta membaja tinta bernoda sungguh! penuh dengan sengsara buat si pendamba kejujuran
Manusia jua... kadang terleka dengan nikmat dunia ralit dibuai nada hingga terlena enak di rajutan rindu didodoi mimpi nan indah ah.. sungguh terpana kemilau yang sementara
Lalu mana hilangnya landasan ketulusan  mana perginya tiang keimanan mana lenyapnya sinar ketaqwaan dibawa bayu senja berhembus.. parah.. membarah menjadi petualang bangsa
Hatiku tertanya-tanya.. buntu seketika

KARYA IM : (^_^)v Alhamdulillah.....

Image
Terima kasih Ya Allah menganugerahkan nafas yang dihela
Terima kasih Ya Allah buat kesihatan yang dipelihara
Terima kasih Ya Allah terus menguatkan Islam dan Iman dalam diri
Terima kasih Ya Allah pada kasih dan cintaMu yang tak pernah padam mahupun sirna daripada hidupku
Terima kasih Ya Allah atas semua kurniaan rahmat dan kasih yang berpanjangan
Terima kasih Ya Allah ku syukuri nikmatMu


~ (^_^) ~

Ku Pilih Hatimu (Ussy feat Andhika Pratama)

Image
ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintamu adalah hal yang terindah dalam hidupku oh sayang kau detak jantung hatiku *c setiap nafasku hembuskan namamu sumpah mati hati ingin memilihmu dalam hidupku oh sayang kau segalanya untukku


janganlah jangan kau sakiti cinta ini sampai nanti di saat ragaku  sudah tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini untuk yang terakhir


setiap nafasku (setiap nafasku) hembuskan namamu (hembuskan namamu) sumpah mati (sumpah mati)  hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang kau segalanya untukku ooh


janganlah jangan kau sakiti cinta ini sampai nanti di saat ragaku  sudah tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini untuk yang terakhir


oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini sampai nanti di saat nafasku  sudah tidak berhembus lagi karena sungguh cinta ini cinta sampai mati 

ME :)

Image

KARYA IM : Jiwa nan Kelam

Image
Aku lelah lelah kerana merintih sendiri
Kesepian yang merenggut semuanya kesunyian yang menghempas segalanya apa ku terdaya lagi menggamit segala memori ku tak pasti
Tiada cicipan mergastua tiada bisikan angin lalu tiada jua indah nian senja kelam suasana
Ku tersesat dalam pencarian tersadung dalam penderitaan perit pedih
Hati hanya mampu bertutur lesu mulut berbicara bisu buntu
Moga sinar esok tak sirna bagai pelangi kunjung seketika indah dipandangan tak mampu bertahan
Segala harapan pada esok ku percaya takdir Nya..

KARYA IM : Janji Pasti

Image
Sebaris kata memintal janji..
Janji - janji yang terpatri bagai ikatan bersimpul mati kusut menyesak jiwa ini
aku bagai dilanda ribut jiwa buntu...
jangan biar hati ini berdarah lagi mati itu pasti tak betah untuk berdiri sendiri di sini
mana jiwa mana sukma bersatu merawat lara jangan biarkan gundahku terus menyeksa sepi
itu yang pasti janji!

Allah pemilik hati mutlak :)

Image

KARYA IM : Sekejap cuma..

Image
Bahagia datang bagai angin lalu hembusan bayu yang menyamankan damai jiwa...
Saat ia tiba singgah dalam hidup bak dunia sementara kekal selamanya ingin rasa menghentikan detik masa yang berlalu apa bisa ia berlaku?
Ku tahu andai bahagia disentap jua ia bukan salah siapa bukan dia bukan diriku mahupun mereka
kerana bahagia itu ku terleka kerana bahagia itu ku disuntik semangat sedunia dan kerana bahagia itu jua adalah kiriman Yang Maha Kuasa buat hambanya yang dicinta
sebagai ujian dunia fana sebagai penguat di dada sebagai pengukur aras betapa kita bisa menepis dan menangkis yang hak mahupun batil hanya kerana ia suatu rasa yang menenangkan sukma
kerana ia adalah....
BAHAGIA
~Syukur pada Yang Maha Kuasa, Allah hu rabbi~

KARYA IM : Jalan yang ku pilih...

Image
Memilih Pilihan yang terpilih perlu pada satu kata putus agar yang dipilih adalah suatu keputusan yang terpilih...
Istikharah dalam segala keadaan ku pasrah pada ketentuanNya




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaika…

Jiwa yang tak Matang :)

Image
Bismillah.. dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

       Penat dan lelah telah berakhir.. walaupun preparation tidaklah sebanyak mana, tapi Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Ohh.. bukan wedding ceremony iye kawan-kawan.. Inilah hidupku. Bersama sanak saudara dan kaum kerabat tercinta. Puas rasanya dapat membantu dan menyebarkan kasih pada mereka. Kalau tahun lepas kami menyambut Ulangtahun kelahiran si abang (Zikri), tahun ini kami menyambut Ulangtahun kelahiran si adik, Putri Alysha Qaisyara, our lovely Adik Icha.

    Seperti biasa, kalau nak berkunjung ke rumah mereka ( my lovely cousinKak Yan ) saya perlu menggunakan perkhidmatan ERL . Oh, inilah yang menjadi kejealousan adik-adik ku yang tak pernah lagi menaiki keretapi dengan kelajuan yang sangat laju setakat ini yang ada di Malaysia. Sorry my dear siblings, InsyaAllah, one day I'll bring all of you okay  :)





    Oh, lupa motif asal entry hari ini. Yes! ~Jiwa yang tak matang~ apak…