Posts

Showing posts from October, 2011

Sahabat.. Teman.. Kawan..

Image
Ku rindukan sapaan mesra sahabat Ku igaukan lirikan manja teman Ku perlukan sogokan semangat darimu rakan Ku inginkan insan bernama kawan sentiasa meneman..
Saat ku menangisi kesilapan Saat ku jatuh tak terampuh Saat ku pedih, parah dek kealpaan diri Ku perlukanmu di sisi, di sini..
Sangat tak daya diri ini Sangat tak betah jiwa ini Sangat tak mampu minda ini Berpegang hanya pada memori kau dan aku Menagih hiba pada diri yang hanya mampu berdiri di sini, sendiri
Ku perlukan ketulusanmu teman Bagai Abu Bakar r.a yang tulus mendokong setiap dakwah baginda
Ku impikanmu sahabat Laksana Umar Al- Khatab yang sarat semangat juang
Ku dambakanmu dalam hari-hariku........
Lalu ku kirimkan doa buatmu Moga ukhuwah fillah yang disemai bercambah, mekar dan harum sewangi kasturi dan syurga Firdausi kerna kalianlah; Sahabat.. Teman... Kawanku







"Teman seperjuangan, kala susah dan senang- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia"







KARYA IM : embara Ini

Image
Diri seakan terbelenggu lantaran kekeliruan yang menjengah minda apa mungkin diri bertahan?
Diri ini mendamba selautan jawapan melerai segala kekusutan menghurai segenap kekeliruan mencantas semua kepincangan agar menggapai jendela kebebasan...
Diri tak bisa mendustakan hati mengaburi jiwa melupakan janji meninggalkan semua yang pasti tak betah berdiri sendiri di sini, pasti!
Moga ada yang sudi menanti sebuah jawapan yang pasti tulus.. dari hati ini ku percaya, pasti akan tiba detik itu nanti dalam menongkah arus kembara ini

Jiwa yang berlagu...

Image
Assalamualaikum wbt,
Sobah al khair :)
Dengan harapan hari ini lebih barakah, indah dan semestinya lebih bahagia daripada semalam yang tersangat indah (penyalahgunaan bahasa di sini, ampun maaf DBP).
Tema hari ini sedikit berbeza; mengangkat sebuah novel dan mencantingnya dengan indah di layar perak (filem) bukanlah suatu yang asing. Namun, silap percaturan, maka filem yang dipersembahkan berkemungkinan tidak segah karya ulung dalam novel tersebut. Sayang jika ia disia-siakan...
Tapi, apa yang pasti satu-satunya karya (filem) yang berjaya menyuntik semangat jihad (dalam pencarian menuju redha Allah) buat diriku adalah filem Ketika Cinta Bertasbih :) Ku kira, inilah satu-satunya karya yang ku cari-cari.
Filem ini tidak terlalu larut dalam cinta manusia, namun para pendokong watak turut sama menghayati watak yang dibawakan dengan jayanya (mengambil kira penghayatan mereka menerusi naskhah kitab-kitab agama; kitab-kitab lama seperti Al-Hikam). Benar, terlalu dhaif diri ini, mengaku bahawa …

KARYA IM : Bahagia

Image
Bahagia.. Apakah nilaiannya dari senyuman Ataupun dari hilai tawa Mahupun hanya dengan sapaan mesra tepuk dada tanya iman


KARYA IM : Kerana Air Mata Ini .......

Image
Mata dan Air Mata bagai sepasang kekasih yang tak mungkin dipisahkan
Begitu juga Air Mata dan Diri ini terlalu mudah ia mengalir berjuraian bagai tiada henti
Saat tawa menghias hati air mata kadangkala menyelangi indah hari..
Tika sendu mengiring air mata jua menerjah, lalu melimpahi empangan mata ini...
Entah mengapa hati ini terlalu rapuh untuk terus memendam ? untuk terus menanti ? untuk terus bertahan ? mampukah aku ???

8.15 pm @ Setiawangsa

Sujud Syukur PadaMu Ya Rabb =)

Image
Assalamualaikum wbt,

Lama rasanya tak gerak ke tempat kerja dari Shah Alam (rumah keluargaku). Emm, teeeeeeeeeerlalu banyak kisah yang telah dijalani, seperti jauhnya lagi perjalanan yang harus ku tempuh kini dan di masa hadapan nanti =)
Apa yang pasti di penghujung setiap langkah hidup ini ada noktah yang telah utuh tersemat! itu yang pasti;
Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)
Betapa nikmat Allah s.w.t itu tak pernah putus-putus, dan sentiasa mencurah-curah laksana aliran air sungai yang tak pernah kering. Subhanallah! Agungnya kebesaranMu. Namun, kadangkala hamba yang penuh noda terlalu mudah lagha dan leka dengan nikmat dipinjamkan buat mereka. Oh! Layakkah kita menghuni syurgaNya kelak?



Tinta ismi_isma : Tiap KATA tanpa ingatan padaNya SIA-SIA, Tiap diam tanpa ingatan padanya LEKA, Tiap PANDANGAN tanpa ingatan…

Menggamit Memori :)

Image
Assalamualaikum wbt,

Minna san! Ya Akhi wa Akhawat :) uollz.. hihihi skill bahasa makin lama makin lupus kenapa ye? macam mana la tak pupus... setiap hari menghadap pc n lappy, sangat sedikit masa dihabiskan dengan berkomunikasi sesama manusia (selain jawab telefon @ pejabat la)
Ya Allah, ku rindui saat part time di UIA; Pejabat Mahallah Hafsah dan jugaSLEU (Student Learning Enhancement Unit)Inilah dua tempat yang paling kurindui.. mengapa? Dua tempat inilah yang banyak mematangkan skillku; sama ada softskill dan lain2 lagi (termasuk kematangan fikiranku)
Pejabat Mahallah Hafsah :
Sejak tahun pertama ku jejakkan kaki keUIA inilah wilayah taklukkanku..(^^)v ye la sangat.. apa tak nya, 1st year lagi gatal-gatal join macam-macam program;Inilah tempatnya daku bertapak sebagai MRC (Mahallah Representative Committee; yang selalu dikenali di IPT lain sebagai exco kolej kediaman)Dan disebabkan MRC inilah dapat juga peluang menabur bakti pada komuniti; buat lawatan amal ke IJN, program Baktisiswa di Per…

KARYA IM : MATA vs HATI

Image
Hati itu mati?
Apa yang terjadi? Mengapa ia terjadi? Mungkinkah ia terjadi? ~ Sentiasa bermunajat padaNya, mohon dijaga hati yang selalu berbolak balik ini...









Air mata ini.. Mengapa begitu deras mengalir Bagai tiada penghujung Menangisi keperitan hidup? Menyesali kedhaifan diri? Menginsafi kejahilan diri?
~Sekiranya ini terjadi, Allah sentiasa di sisi, menemani sepi diri..


Dunia nan fana.. Akhirat jua yang abadi :)

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya; "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab; "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud - Keterangan : Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan…

Sendiri mengejar bebayang diri.. untuk terus berdiri.. sendiri!

Lewat malam ini seakan mengheret langkah, menyoroti laman blog yang lama ku tinggalkan..
lantaran kerja yang menghambat waktu.. aduh! kenapa la bila nak menaip je mesti keluar semua madah pujangga.. KALAULAH ada yang sudi jadi publisher untuk semua koleksi puisi ku :)
ahaa!! ada value ke cik adik Isma oi? hihihi ^^ wallahi! tidak ku tahu.. apa yang ku tahu.. setiap kata yang ku gubah adalah nukilan tulus dari sukma nubariku..
biar suara sumbang mengata biar mata liar menjeling nista hatiku takkan terpalit sekelumit duka kerana.. aku sentiasa ada dia! ya.. aku ada DIA! yang sentiasa bersama kala senang, susah, suka, duka dan lara.. tak pernah pergi jauh walau sedetik cuma.....


KARYA IM : Singgahsana =)

Hadirmu bagai cahaya Menyuluh jiwa Bagai mentari senja Indahnya tidak terkata
Pudarnya sebuah cinta Dihempas gelora nista Menyentap selurh jiwa Yang tiada pengakhirnya
Ya Tuhan padaMu jua Ku pohon segenap sukma Hadirkan dia yang setia Memimpinku hingga syurgaNya...
(18 Jun 2011 - 8.20pm - Rumahku syurgaku -p/s: lama dah diperap :)